Thursday 26 November 2015

Pembelajaran dan Kemahiran Abad Ke-21

Sawaddikah...

Pada pascamodenisme ini, pelbagai inisiatif yang telah dilakukan untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan supaya setaraf dengan negara-negara maju di persada antarabangsa. Antara inisiatif yang diambil ialah mewujudkan pembelajaran abad ke-21 dan melengkapkan diri murid dengan kemahiran abad ke-21. 

Sedikit perkongsian. Semoga bermanfaat!

Kelas abad ke-21 sememangnya menekankan penggunaan teknologi untuk memberi peluang kepada murid-murid meneroka ilmu pengetahuan, memupuk sikap tanggungjawab terhadap pembelajaran dan mengurangkan kebergantungan mereka terhadap guru. Bukan itu sahaja, penggunaan teknologi dan maklumat memenuhi kecerdasan pelbagai dan gaya pembelajaran murid, meningkatkan motivasi serta membolehkan murid memperoleh pelbagai sumber pembelajaran.


Jika dilihat dari segi susun atur, jelaslah bahawa kelas abad ke-21 sememangnya menekankan pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Murid-murid dikehendaki duduk dalam kumpulan untuk membincangkan hasil dapatan mereka. Melalui perbincangan, berlakunya pencambahan  idea dan murid-murid dilatih melihat pelbagai perspektif dan mengambil kira pelbagai aspek dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kelas abad ke-21 juga menitikberatkan penyediaan resos dan bahan pembelajaran. Hal ini demikian kerana resos dan bahan pembelajaran yang relevan dan mencukupi membolehkan proses PdP berjalan dengan baik dan lancar di samping mengoptimumkan kemahiran murid. 


Guru seharusnya memastikan murid-murid memiliki kemahiran TMK, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah serta kemahiran interpersonal dan arah kendiri.


10 ciri pembelajaran kelas abad ke-21
Berpusatkan pelajar, penggunaan komputer, pembelajaran aktif, pembelajaran kendiri, persekitaran yang kondusif, pelajar faham dan mematuhi arahan, saling menghormati, pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka, penilaiaan berasaskan pencapaian dan pembelajaran kolaboratif.


Perbezaan antara pembelajaran tradisional dengan pembelajaran abad ke-21

Ciri-ciri murid yang dihasratkan




Sunday 22 November 2015

Pendidikan dan Malaysia Kita

Sawaddikah...

Tanggal 23 November 2015, mulalah sesi temu duga untuk pelajar PISMP Ambilan Januari 2012. Tahniah diucapkan kepada mereka yang sudah dipanggil temu duga. Buatlah persediaan yang rapi dan banyakkan berdoa dan bertawakal agar Tuhan memudahkan urusan kita semua. Untuk mereka yang belum dipanggil temu duga, bawa bersabar ya. Manfaatkan cuti anda dan isilah masa lapang dengan beberapa aktiviti yang berfaedah. 

Entri kali ni, saya mahu kongsikan maklumat bergambar yang saya peroleh daripada internet sebagai sumber rujukan kepada calon-calon yang akan menjalani temu duga dan juga kepada para pendidik. 

Semoga bermanfaat!


Rukun Negara

Senarai Yang Dipertuan Agong

Perdana Menteri Malaysia


Wajah-wajah pemimpin yang menerajui negara Malaysia


Carta organisasi negeri Jelapang Padi

Visi dan misi KPM

Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Marilah kita bersama-sama merealisasikan hasrat kerajaan...

Untuk pedoman guru-guru

11 anjakan dalam PPPM 2013-2025

3 gelombang pendidikan

6 aspirasi murid

5 aspirasi sistem
akronim KEPAK - kualiti, ekuiti, perpaduan, akses dan kecekapan

Tonggak 12

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

6 tunjang KSSR

Teras pembangunan kurikulum

Perbezaan antara KBSR dengan KSSR











Friday 20 November 2015

Coretan Cikgu Nong

Sawaddikah...
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

Saya Nong Nit, pelajar guru dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Saya menjalani Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam bidang pengkhususan Matematik Pendidikan Rendah.

Saya tekad untuk menjadikan blog Cikgu Nong sebagai satu medium perkongsian tentang pendidikan, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas serta aktiviti-aktiviti mahupun program-program yang dijalankan di sekolah. Malah, saya juga mahu menjadikan blog ini sebagai satu medium pembelajaran supaya murid-murid, para guru dan juga ibu bapa boleh mengakses bahan-bahan pembelajaran. Diharapkan agar tuan, puan, cik dan encik memperoleh manfaat daripada blog ini.


Salam perkenalan. Semoga bermanfaat.

Sekian saja coretan kali ini.