Thursday, 26 November 2015

Pembelajaran dan Kemahiran Abad Ke-21

Sawaddikah...

Pada pascamodenisme ini, pelbagai inisiatif yang telah dilakukan untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan supaya setaraf dengan negara-negara maju di persada antarabangsa. Antara inisiatif yang diambil ialah mewujudkan pembelajaran abad ke-21 dan melengkapkan diri murid dengan kemahiran abad ke-21. 

Sedikit perkongsian. Semoga bermanfaat!

Kelas abad ke-21 sememangnya menekankan penggunaan teknologi untuk memberi peluang kepada murid-murid meneroka ilmu pengetahuan, memupuk sikap tanggungjawab terhadap pembelajaran dan mengurangkan kebergantungan mereka terhadap guru. Bukan itu sahaja, penggunaan teknologi dan maklumat memenuhi kecerdasan pelbagai dan gaya pembelajaran murid, meningkatkan motivasi serta membolehkan murid memperoleh pelbagai sumber pembelajaran.


Jika dilihat dari segi susun atur, jelaslah bahawa kelas abad ke-21 sememangnya menekankan pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Murid-murid dikehendaki duduk dalam kumpulan untuk membincangkan hasil dapatan mereka. Melalui perbincangan, berlakunya pencambahan  idea dan murid-murid dilatih melihat pelbagai perspektif dan mengambil kira pelbagai aspek dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kelas abad ke-21 juga menitikberatkan penyediaan resos dan bahan pembelajaran. Hal ini demikian kerana resos dan bahan pembelajaran yang relevan dan mencukupi membolehkan proses PdP berjalan dengan baik dan lancar di samping mengoptimumkan kemahiran murid. 


Guru seharusnya memastikan murid-murid memiliki kemahiran TMK, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah serta kemahiran interpersonal dan arah kendiri.


10 ciri pembelajaran kelas abad ke-21
Berpusatkan pelajar, penggunaan komputer, pembelajaran aktif, pembelajaran kendiri, persekitaran yang kondusif, pelajar faham dan mematuhi arahan, saling menghormati, pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka, penilaiaan berasaskan pencapaian dan pembelajaran kolaboratif.


Perbezaan antara pembelajaran tradisional dengan pembelajaran abad ke-21

Ciri-ciri murid yang dihasratkan